ISTANBUL... HERE I COME!!! : PART 8 : PIERRE LOTI AND ISTANBUL SKYLINE

Out and about : Pierre Loti and Istanbul Skyline.

Lepas Dolmabahce, kami bergerak ke Istanbul Asia melalui Bosphorus bridge. Kami nak ke Pierre Loti cafe di Eyup. This place is famos for its spectacular view over the Golden Horn. But before that,  Mr Murad is taking us for lunch up up in the hill.



Çamlıca Hill


So we are going to have lunch at the highest point (hill) of Istanbul, the Camlica Hill, located at Üsküdar district of Istanbul. Istanbul is known for its 7 hills, and this is the tallest one. Breathtakingly beautiful scenery where you can see a panoramic view of Istanbul and Bosphorus. Also famos for the sunset view, maybe kau boley menangis kalau putus cinta atau ada hati yang sangat sensitip. Kalau musim bunga memang tak ingat nak bergambar maut aje ni.



 Macam ni.




 Dan ini lagi.
 


Dan seterusnya.... Kt sini ada taman rekreasi yang sangat indah dan cafeteria yang juga cantik. Bukit ni terbahagi kepada dua ; Buyuk Camlica and Kucuk Camlica, means 'big' and 'small' hill. Which hill part yg kami pergi ni I have no idea plak. Kat sini dulu adalah tempat summer residence and 'hunting lodge' for Ottoman Sultan, e.g. Sultan Murad IV dan Sultan Mehmet IV. Masa pemerintahan Sultan Selim III, tempat ini dijadikan sebagai tempat rekreasi dan untuk enjoy the scenery of Bosphorus.

 Okay, perut dah lapar, mari makan at one of the restaurant kt atas ini. Lawa betul area sekitar cafe and resto ni, (gambar di ambil dari internet). Tp kami pilih yg kt sebelah tu, tp cantik gek.


Gambar di ambil dari internet. Ini adalah kawasan di luar restoran yang kami singgah makan. But musim hujung winter yang kadang kala hujan ni mmg tak la nak lepak sini.
"Büyük Çamlica" and "Kücük Çamlica", meaning "Big" and "Small" - See more at: http://www.greatistanbul.com/camlica_hill.html#sthash.ntroeJQ6.dpuf
"Büyük Çamlica" and "Kücük Çamlica", meaning "Big" and "Small" - See more at: http://www.greatistanbul.com/camlica_hill.html#sthash.ntroeJQ6.dpuf
"Büyük Çamlica" and "Kücük Çamlica", meaning "Big" and "Small" - See more at: http://www.greatistanbul.com/camlica_hill.html#sthash.ntroeJQ6.dpuf
"Büyük Çamlica" and "Kücük Çamlica", meaning "Big" and "Small" - See more at: http://www.greatistanbul.com/camlica_hill.html#sthash.ntroeJQ6.dpuf




Where is my food???  Huh... lapo beno kau Aleesya.

 My graceful daughter.

 Kali ni complimentary roti dalam plastik. Pesan sup apatah, sejuk2 makan sup panas2 slurppp...agaknya lapo beno sememeh abis bekas ni.


 Antara food yang kami pesan. Pada aku sume sedap2 sebab lapar aku tak memilih.

 Mula2 pelik gek tengok meja cam dulang beso ni. Rupa2nya inilah dianya 'dulang' aka meja hidang masa kesultanan ottoman dulu. Kt bawah dulang tu ada kaki untuk letak dulang. Di zaman kesultanan Ottoman dulu, mereka selalunya makan duduk di lantai mengadap dulang hidang ni .


 
Yang pakciknya punya. Harga for me affordable, cam sebut harga restaurant tempat kita. Jangan darab 1.5 dah la.

Okay, kita round2 area persekitaran taman. Time ni Turkey welcoming spring so bunga memang belum bertaburan banyak lagi lah.... arghhh nak gi lagiiii!!!



Sekitar taman rekreasi.





 Dah membayangkan spring and summer...

 memang tak cukup masa nak melarat jauh sbb pak murad kata lekaih! lekaih! van dah tunggu (of course la, in English)...



 Tapi seperti biasa, kami ketegaq. Yang bertiga ni last naik van, giler lagi bergambar. Mu tunggu aku datang lagi Camlica!

Camlica got its name from the pine trees yg terdapat di situ. In Turkish, Cam means 'pine' . Settlers pertama yg datang sini telah mengubah the whole region into pine forest, survived from Roman period until Byzantine and Ottoman. Dikisahkan bahawa ketika itu the pine forest was so thick that the sunlight pun couldn't got through it.

Okaylah kenyang makan kami pun hurry up utk ke Pierre Loti yang terletak di Eyup district. Hari pun dah petang, maka kami pun menaiki van menuju ke Golden Horn yang tidak jauh dah terletak dari situ.

 PIERRE LOTI CAFE AND ISTANBUL SKYLINE

And so kami pun sampai lah di kawasan Pierre Loti yang terletak di kawasan berbukit (sume lah kan berbukit kt sini).



Sampai di sini ada plak Arnab yang menyambut. Aleesya apalagi suka kemain dapat main Arnab.





And yes, cam biasa gamba tak sudah.

Sebelah kiri tu lah restaurant/cafe Pierre Loti yang famos tu.


Cantik kawasan ni. Pasai apa gamba jd tersengit tak tau lah.

 Pastu sampailah kami ke Pierre Loti cafe yang terletak di kt sebelah area kami bergambar ni.

Pierre Loti cafe terletak di area Golden Horn. Golden Horn, dinamakan begitu disebabkan its horn-shaped estuary, divides European side of Istanbul. Masa zaman Byzantine dan Ottoman, the navies dan pusat perkapalan were centered here. Ia dikatakan one of the best natural harbors in the world. Masa zaman Ottoman, pada abad ke 18, Golden Horn kaya dengan taman tulip dan the green parks.


Ada apa dengan Pierre Loti Cafe?

The cafe is named after the a famos French novelist and naval officer Pierre Loti. The legend has it that during his stay in Istanbul in 1876, Pierre Loti gazed from this exact location over the Golden Horn in search of inspiration for his literary masterpiece Aziyadé. Aziyadé is semi-autobiographical, adalah kisah cinta Loti terhadap seorang gadis dari harem, bernama Aziyadé . She was his greatest love, proof of which the golden ring holding her name that he wore for the rest of his life. Harem adalah 'istana' gundik sultan2 Ottoman, gundik2 adalah hak mutlak Sultan. Kebanyakan mereka adalah terdiri daripada hamba2 gadis yg dibawa dari Eropah, esp. Rusia dan kawasan sekitarnya, juga dari kampung2 yang ditawan masa perang.

The Pierre Loti cafe adalah sebuah teahouse yang menyajikan pelbagai non-alcoholic drinks as well as basic snacks. It’s the location and the spectacular views over the Golden Horn that make this place worthwhile. Subhanallah memang cantik view dari Pierre Loti cafe ini.


Since the cafe is dedicated to Pierre Loti, the furniture and the waiter’s clothes refer to the end of the 19th century. Disebabkan kami still full, memang tak la nak order tea bagai. Memang pak Murad dah bg sign jgn dok lama2 klu tak nak mengeteh. Dia pnyer waiter pun dah pandang lain macam ngeh ngeh...



Don't sleep, don't sleep! I am very proud of her, tak banyak songeh, kena heret kemain jauh berjalan. Cuma merengek nak nap je tp tak dapek nak nolong yo nak... but I guess small kids are easily got amused...cam jumpa Arnab or naik cable car terus mata jd segar.

Ok, senyum2 cenggini.



A one million dollar view.... The view from this point of Istanbul is splendid and breathtaking, covering Golden Horn, Bosphorus and Istanbul Skyline.

We can't get enough of the view. Tersimpan rapi dalam kotak ingatan, dan kotak laptop dan kotak cloud thru FB and blog ngeee....


Angin yang menampar2 sesekali datang bawak hawa sejuk Bosphorus brrrrr rasa frozen dah tangan.. iols kenot tahan uols!





The spectacular view over the Golden Horn.

Penaklukan Constantinople adalah kisah penaklukan terhebat dalam sejarah militery. Campaign penaklukan Mehmet AlFatih yang berlangsung selama 54 hari lamanya menunjukkan kekuatan benteng pertahanan Constantinople yang telah bertahan sejak 1000 tahun lebih tanpa dapat ditembusi oleh mana2 tentera sekali pun. Kira2 8 abad selepas sabda nabi terhadap penaklukan Constantinople, dengan 29 cubaan dari pihak Islam, maka pada tarikh 29 Mei 1453, tertawanlah Constantinople.

Selama 54 hari perang berlangsung, yang mana sampai satu ketika semangat tentera AlFatih telah patah dek payahnya menembusi benteng pertahanan (fortress) Contantinople. Dan tidak sedikit jumlah tentera AlFatih yang terkorban. Serangan dari darat tidak berjaya kerana setiap kali canon di lemparkan di benteng itu, setiap kali itu juga cepat pihak Constantine membaikinya. Cubaan memanjat benteng juga tidak berjaya kerana mereka dicurahkan minyak yang panas menggelegak oleh org2 Constantine. Cubaan untuk mengorek lubang bawah tanah bg menembusi benteng Constantine juga tidak berjaya kerana pihak musuh bijak menghidu kehadiran tentera AlFatih dengan meletakkan tong air yg dapat indicate adanya gerakan bawah tanah. Sehinggalah sang penakluk yang bijak mencari idea untuk masuk melalui the weakest point of Constantiniah, iaitu melalui the GOLDEN HORN.

Ketika itu jalan air (laut) juga tidak berjaya di masuki oleh tentera AlFatih kerana pihak Constantine telah memasang 'underwater chain' atau besi yang merintangi selat bagi menyekat kapal perang AlFatih untuk masuk ke selat. Lalu AlFatih pun telah mencadangkan satu idea 'gila' yang langsung tidak terfikir oleh sesiapa pun bagi memasuki Golden Horn. Tidak bagi pihak tentera Islam sendiri yang menganggap Sultan mereka telah gila. Namun, pada satu malam sahaja, ketika penduduk Constantine sedang lena dibuai mimpi, dengan the brilliant idea by the conqueror, 67-70 kapal perang AlFatih telah berjaya 'dinaikkan' melalui daratan yang berbukit bukau (bukit Galata), di heret oleh tentera AlFatih sejauh 3 batu. Bagi menaikkan kapal2 ke darat, mereka telah menebang kayu balak dan menyalutinya dengan minyak bg melincirkan perjalanan. Maka menjelang pagi, terkejutlah seluruh penduduk Constantine apabila melihat 67-70 buah kapal AlFatih telah berlabuh di Golden Horn dan seterusnya tenteranya mara mendekati benteng Constantine. Ketika itu penduduk Constantine telah berasakan kekalahan dan berkumpullah mereka di gereja untuk bersembahyang. Pemindahan kapal melalui jalan darat yang berbukit ini adalah satu strategi terhebat AlFatih yang disokong oleh para sejarawan yang seterusnya membawa kemenangan kepada tentera AlFatih.


Ilustrasi bagaimana 70 kapal (ada versi mengatakan 67) di naikkan melalui bukit Galata untuk sampai ke Golden Horn. Kekuatan tentera Constantine telah dikerahkan ke sebelah darat bagi menangkis serangan 250,000 askar AlFatih yang menyerang bertubi2 kubu Constantine dari arah situ. Ini meletakkan Golden Horn sbg 'the weakest point' untuk diserang. Rentetan dari peristiwa ini lah, dengan segala kekuatan berbaki yang ada, akhirnya Sultan Mehmed II bersama tenteranya berjaya menakluk Constantinople. Peristiwa ini dibayangkan oleh orang Rom sebagai, "AlFatih telah menjadikan daratan seperti lautan dengan tentera merah Turki, dan menjadikan daratan sebagai 'lautan' dengan perpindahan 70 kapal itu".


One for all.
Tak jauh dari Pierre Loti cafe, dengan menyusuri 'tebing', ada macam menara tinjau, where you can see seluas pandangan over the Golden Horn.
Ok, prop yg sama kt belakang. Anak dah panjat tiang tak sedo yek..

BFF. Kt belakang tu kelihatan Galata Bridge.

 

Mak Lang, forever young. Travel solo kali ini. Okay, prop kt belakang dah bertuko ngee




 
Us, jadikan kenangan yang terindah..

Menyusuri tepian lagi, dah boley nampak kuburan di kawasan Eyup ini. This is Eyup Cemetery. Boleh je turun dan menyusuri hillside tu.

Di namakan Eyup kerana di sinilah terletaknya makan Abu Ayub Al Ansari, salah seorang sahabat nabi.
Selepas sabda penaklukan Constantinople, ramai pemimpin dan khalifah Islam mencuba menawan Constantine, termasuklah pada zaman khalifah Muawiyah bin Abu Sufian. Ketika inilah Ayub menyertai tentera yang dipimpin oleh Yazid, anakanda Muawiyah walaupun beliau telah pun berusia (dikatakan hampir 100 tahun). Semangat 'sebaik2 pemimpin adalah pemimpinnya (penakluk Constantine), dan sebaik2 tentera adalah tenteranya' telah membawa Ayub ke sini. Namun, hajat beliau tidak kesampaian apabila telah wafat disini, dan beliau telah meminta untuk dikebumikan berdekatan dengan benteng Constantinople kerana beliau ingin 'mendengar' derapan askar yg akan menakluk Constantine. Yazid bin Muawiyah dan tenteranya juga gagal dalam campaign penaklukan Constantine walau telah sampai di pintu kota Constantinople.

Di ceritakan bahawa kuburan Ayub telah dijumpai oleh Mehmet AlFatih ketika dalam perang penaklukan. Maka baginda ketika itu telah memerintah untuk didirikan masjid yang indah di kawasan perkuburan Al Ansari sebagai memperingati sahabat nabi itu. Ia dinamakan 'Eyup Sultan Mosque' yg terletak tidak jauh dari sini, Binaan asalnya walaubagaimanapun musnah dalam gempabumi pada kurun ke 18m.


Di kawasan ini jugalah terletaknya kuburan seorang student Malaysia Ahmad Ammar, aktivist keamanan yg meninggal dlm kemalangan.


Arghhhh the teropong, way better than the one kita tengok kt Penang tu kan, Aleesya?

Kami dah pun berada di kawasan Istanbul Skyline. Down below menara tinjau ni adalah stesyen cable car. Pak Murad dah siap2kan tiket kami so we just hopped in dalam tu, turun ke bawah.

Yeah... dalam cable car or teleferik. It's just that this time no salji. 


The Eyüp Gondola, aka Eyüp–Piyerloti Aerial Cable Car, provide easy access to Pierre Loti Hill by avoiding a walk through the big Eyüp Cemetery on a hillside. Begitu indahnya scenery dari atas ini, menyusuri the hillside and overlook the Golden Horn. Dalam ni lebey kurang 6 seaters gitu, so ada plak a young couple depan kami tak pasti local or foreigner dah rupa mat saleh kan... ajak ber wefie. Hanya hakak ngan Aleesya je yg sporting, yg dua mak chun tu buat tak heran je hok aloh ..

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA