Posts

Showing posts from January, 2011

Dealing with diabetic pregnancy

Image
Pejam celik pejam celik seminggu lagik nak masuk 7 bulan dah. Sekejap je rasanya masa berlalu, aku rasa aku dah tak larat dah nak dealing with diabetic pregnancy nih. Lately ntah ngapa rasanya selera makin membuak2 bertambah2, mmg betuilah kata org masa pegnen nih makan utk berdua...tapi mak...sob sob... eh, kena buat perenggan lain dah ni, ari tu Cik Puan Rina kata naik juling biji mata baca citer aku yg takdek perenggan.... Ari tu aku tgk iklan pizza dlm paper terussss drooling over pizza gemuk2 yg ada cheese melimpah ruah. Lepas tu kan aku tengok Chef Michael Smith @ Chef at Home ari tu buat pavlova ke hapa namanya tu.. terus aku mimpi2 aku buat bendalah tuh. Akan ku toppingkan dia ngan rich whipping cream ditaburi isi2 dan biji2 buah markisar (ntah napa byk2 buah aku terpikir buah markisar dow!)...Eh, alang-alang aku citer pasal pakcik Michael ni baik aku ngumpat dia sekali. Sebenonya aku suka le tagline dia.. "cooking without recipe" gitu, samalah ngan aku jenis campa

Chicken Soup for the Soul

Image
"Jue, nanti kalau aku masuk tingkatan satu nanti aku nak keluar dari kampung ni, aku nak sekolah kt bandar, masuk asrama, belajar tinggi2 sampai masuk universiti, pastu kerja best2, kawin dengan org kaya, bagi mak aku duit banyak2..." Kata aku kepada sahabat karib aku di kampung pada satu lewat petang. Jue terusan jua tersenyum kepadaku, begitulah dia, tidak banyak cakap, lebih banyak mendengar, sebab itulah dia boleh jadi sahabat setiaku. Aku pula lebih banyak bercakap, memang beza benar sikap aku dengan dia. Di hadapan kami bebunga lalang putih berbuai2 lembut disapa angin petang. Di atas sana awan kumulus berserakan putih bersih menghias biru firus langit petang. Di situlah menjadi tempat kami menghabiskan waktu senggang di kampung. Bukannya jauh mana pun, di belakang rumah kami yg letaknya di atas bukit. "Kau tak pelah Yong, kau pandai. Aku ni hermmm kt sini jelah", kata Jue merendah diri. Aku menguis lembut dedaun semalu yg tumbuh meliar di sekeliling kami dg

Award from Cik Puan Fasha and Cik Aida

Image
Musim penganugerahan award agaknya sekarang nih. Baik kutip dan jawap cecepat sebelum terlupa. Sebenonya selain dari suka-suki penganugerahan award2 ni tak lain tak bukan bg makcik adalah tanda ingatan dan perkenalan sesama blogger di alam cyborg ini. Walau pun tak pernah berjumpa bertentang mata tapi rasa dekat di hati chewah cam tagline tv9. So, with honored maka, dengar jawapan dari makcik ni yek : Award yg pertama datangnya dari si petite (tapi still rasa dirinya byk spare tyre tehee) cik puan Fasha yg residing in Deutschland, dengan selamatnya. Amboiii...tetiba mak rasa cam artis je dpt Versatile Blogger award ni, rasa cam Kak Pah je plak dah, eh, Kak Pah bukan ke malar segar. Ok. "Together with this award I have to write 7 facts about myself." Aduh, apa benda la aku nak kelentong pasai diri aku ni yek. Oklah, macam nilah lebih kurang : 1. Aku ni cam brutal and stubborn (Taurian dowh!) tapi dalam hati ada taman, penuh dgn taman. Keras kt luar tp fragile kt dalam gitu. 2

Main masak-masak

Image
Memang dari kecik lagi makcik tak suka dok dapur. Emak kita pun tak penah train masa anak dara main masak2 masuk dapur nih. Last2 dapur aku kt belakang umah emak, hari2 berasap dgn erti berasap sebenonya sbbnya carik kayu ranting2 buat bahan bako, geledah poyok buruk emak dan macam2 benda yg aku masak termasuk ler daun2 kayu, bunga2 sekali ngan bunga taik ayam jadik bahannya, sampai masak cookies dari tanah liat pun adoooo...yaiksss. Genjoice bukan main dpt main masak2 pastu kunun2 jadik mak org yg kepohci, anak2 aku apa barangnya kengkawan yg sama beso gajahnya ngan aku. Sokmolah jadik emak org, takpernah pun kita dpt jadik heroin@pengantin. Agaknya muka aku tak cukup kriteria cun kot. Asal ada peranan emak, mesti ada main kawin2, siap sanding2 guna pelepah kelapa jadik pelamin. Bunga-bungaan kt laman umah makcik Minah, Mak Yam (jiran tetangga mak kt kampung)musti jadik mangsa buat gubahan. Tu kalau tak dek aktiviti meredah paya dan menangguk ikan petang2 kita akan main masak2, dah bo

Buai Laju-laju

Image
Hi all. Rupanya last entry masuk dlm last yearnya entry. Biar betik. Yolah, udah didraft dlm tahun 2010 ropanya dibaca sbg dlm tahun itu juga. Ye, selamat berjumpa kembali di tahun 2011. Mari kita mulakan dgn sesuatu yg tradisional. Apakah relevannya itu?. Baiklah mari kita mula baca petikan di bawah. Kampung MPI mmg sangat2 mengekalkan ciri2 tradisionalnya, dari segi budaya, masakan sehinggalah mitos2nya. Pernah dengo ada org tak buleh makan ikan tapah? Ye, dikampung itulah juga kejadian itu berlaku. The native orang Perak yg dok ditebin Sungai Perak. Oh sungguh damai kampung MILku. Masa memula kawin aku macam kena cultural shock. Iyolah, pasai aku brutal, tp di kampung itew kita masih jumpa sgt ramai perempuan melayu terakhir yg sgt rajin dan cekap di dapur dan di segenap penjuru rumah. Banyak beno pantang larangnya yg wanita2 moden dah lama lupa. Macam ko takkan jumpa org perempuan yg dok depan tv sambil makan nasik sepinggan. Everything is in order, siap berhidang elok bertimpuh ka