Posts

Showing posts from August, 2010

Berpuasa di kampung

Image
17 Ramadhan - Hari ini dalam sejarah. Ammar dapat puasa penuh. Macam tak caya je. Makna kata boleh la tu puasa penuh, tp tak tau la masa mandi togok air paip bergelen2! Setiap kali pose setiap kali tulah protes! Tak paham2 kenapa kena pose. Tp disebabkan separuh hari dalam perjalanan nak balik umah Tok dek kerana excited boleh la plak lupakan kelaparan tu. Hari kedua and ketiga kt kampung umah Tok ada 2 org sepupu kenit yg tak pose, keimanan mulalah goyah, taim bebudak tu makan nasi dlm pukul 10 meraung2 mintak nasi juga. Maka hari kedua boleh tahan sampai kul 2 jek. Hari ketiga haraaaammmm, terus baik makan pagi2...susah betullah budak nih! Meanwhile.... Pak inchik bila dah balik umah emak dia mulalah....request kt emak nak makan tu ini...adoiyaaiii, anak emak le katakan. Emaknya pulak tu sukalah melayan hajat anak bongsunya itu, yelah, sape tak sayang anak. Pak inchik request emaknya masak kuih2 nostalgia zaman kecik2 sampailah dah bapak budak ni, tu le kuih tradisional orang kampung

Sotong Sumbat Perpat

Image
Bila mata dah makin kuyu petang2 hari tu haruslah mak telek2 buku resepi. Ada satu gambar yg cepat menangkap mata mak, buku dia Masakan Tradisi Johor oleh Halimah Shuib. Ditelek2 rupanya tu barulah mak perasan ropanya si Halimah ni (bukan, bukan HJ), beliau adalah pengasas jamu mak dara. Oh rupanya terer jugak dia masak eh. Tabik spring utk beliau di situ. Maka nama dia sotong sumbat perpat. Jadik mak terailah. (Aish, rasa cam Mak Neng pulak bila bahasakan mak nih). Sebab dia ada kelainan tang sumbat tu maka aku pun coba. Bolehlahkan, tp sebab masak sekali ngan gulai tempoyak ni maka dia jadi lauk sampingan je lah. Tapi cam biasa, aku olah2 kan lah ikut suka aku sbb tangan ni haippp biasa nih, tak bedung. Sari dua ni terajin lah pulak nak main2 resepi nih. Jadi, mari kita semak resepinya : Bahan A : -Sotong -pulut tanak Bahan B : -7-10 tangkai cili merah (kisar) -7 ulas bawang merah (kisar) -3-4 ulas bawang putih (kisar) -sedikit pes cili kering (optional) -sebiji buah keras (tumbuk) -

Blackforest Trifle

Image
Sebenarnya idea puding ni saya ambil dari sini . Namun disebabkan faktor iklim, masa dan mudahnya nak dapatkan bahan, maka saya buat versi saya sendiri, which sgt tidak menghampakan! Ianya resepi yg mesra Giant, Tesco, Mydin dan yg sewaktu dengannya tehehe. Hermmm, kalau jadi buatnya dengan sukatan yg betul, rasanya saling tak tumpah dgn coklat indulgence SR! Eceh...melebih2 la pulak makcik nih...jadi mari kita semak resepinya itu : Resepi puding Blackforest Trifle Lapisan pertama : - A slices of kek coklat (ye, takyah susah2 buat, beli yg ready made jek) Lapisan kedua -1 kotak jelly serbuk perisa Raspberry (saya guna Nona) -beberapa biji strawberry -3-4 tbs jem blueberry Lapisan ketiga -3-4 tbs tepung kastard -1 tin susu cair -1 tin air -1-3 tbs gula -secubit garam -dark chocalate/coklat masakan Lapisan keempat -250g cream cheese -250/300 (1 kotak) thickened whipped cream -3 tbs gula kastor Cara-caranya : Lapisan pertama - Susun kek coklat dlm bekas (sukatan ini utk bekas yg sederhana

Iftar 12 Ramadhan

Image
Jadi, pada 12 Ramadhan tu nampaknya turn makcik lah plak jadik hos utk iftar. Kami tiga beradik kt Lembah Klang nih mmg amik turn tiap weekend jadik host. Jadik aku pun kira balas dendam lah ni masak ni walau dapur baru dah berkecai, maka gunalah dulu dapur lama. Masa hari Sabtu tu buka umah Kak Long, bibik Ersi nak ikut aku balik, baguih sungguh lah ia kata nak tolong2 aku. Maka aku sambut dgn dada yang lapang, jadik byk jugak kerja2 kt umah aku yg dia kerjakan, pesen tak dok diam nih sorang nih. Jadi berikut antara menu yg aku masak utk berbuka hari tu : Sambal bilis petai... hai Cik Patin , nampaknya kita dah seri satu sama hihi...mmg mcm hot cakes lakunya nih, yg ini lincin dulu! Dipadankan pula dengan gulai tempoyak, oleh kerana geng2ku tak mkn ikan sungai, maka cheq guna ikan kembung jek...sodappp n lincin juga nih, tapi kalau guna ikan kerisi merah lagik kaw! Dan lagi...Sotong Sumbat Perpat Terlebih rajin pulak nak masak lasagne, buleh ganti murtabak! Resepi di sini . The best o

9 tahun ...

Image
Tanggal 23hb August 2001, jam 7.30 a.m., disebuah dewan pembedahan, Ammar selamat dilahirkan. Walau Ummi tidak merasakan nikmat kelahiran normal itu, namun Ummi dan Ayah bersyukur ke hadrat Illahi dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel dan cukup sifat serta sihat tubuh badannya. Bayi itu dinamakan Muhammad Ammar Firdaus. Disebabkan bayi itu selalu mengalami baby colic dan menangis dari tengah malam sampai ke Subuh, Ayah berusaha minta nasihat kpd imam masjid negara ketika itu makna nama itu, alhamdulillah, ustaz kata molek namanya itu... "mengimarahkan syurga". Mudah-mudahan nak... Ammar membesar dengan motoric skill yang baik, tiada apa2 yg kami syak bahawa ada yang tidak kenanya pada Ammar ketika ini Ammar semakin hyper bila membesar, namun ada sesuatu yang tidak kena apabila tiada respon dari Ammar bila dipanggil... no single word and silence was all around and he was too absorb in his on world..nobody could reach him... Ammar sukar utk dipegang, apatah lagi

Patahlah hati....

Image
Patahlah hati... membawa derita... merajuklah diri merajuk diri tak tentu haluan Oih tetiba teringat lagu lama yg CT Nohalpunyer nanyi...mmg hati mak patah saat ini. Terus lagik le hilang mood al-Mubarak tuh. Pasainya : . . . . . . . . . . . . . . . . Kunun dapoq imported beli lagik kt gedung yg femes tuh, siap harga ribu-riban habih duit dlm lipat kain kikis kunun nak macthing ngan dapur baru kunun...eh baper banyak kunun... amik kau, masuk hari ketiga pecah berderai retak seribu...eh apada punya brand....jadik call ler call centre dia kata klu dia attend pun dlm masa 3 hari bekerja...maka mak menapak lagik la kt PARAM sari dua nih...menci arrrr...dah 2 hari makan lauk2 tak kena tekak, lecasss jek rasanya, ari tu beli sup ayam, ayamnya seketui sampai RM5 hinggit blk makan mak aihhh...tawaq hebiaq....apa nak buat, inilah dugaanku, mungkin tuhan nak bagi petunjuk jgn nak berpoya2 berlagak sangat, pakai dapur cap kupu2 ajelah wehhhh! iskkkk.. geremmmm Dlm pada t

Diari 7

Image
Hari ketujuh ni masak asam pedas jek, sebenonya tak le ada mood sgt nak masak since pak inchik keje malam tp aku gagahi jugalah sbb kalu gi pasar ramadhan pun cam tak tau nak beli apa. Aku ni kalu dah makan nasi kira kuih pun tak baper nak jalan dah. Semalam aku masak asam pedas, buleh lupa plak nak beli asam jawanya, sib baik ada Ummi Ton kt Nursery Ammar so mintaklah sket. Anyway, asam pedas ni ada macam2 versi. Versi yg aku plg suka yg pekat punyer, pastu diketuk serai ngan letak daun limau purut, mmg naik betui aromanya. Selalu aku gantikan daun limau purut tu instead of daun kesum. Asam pedas ikan pari Cam poyo je nak masukkan resepi, tp dah katanya jurnal kan hihi. So my version punyer resepi : Bahan A (kisar): -Cili kering -Bawang merah -Bawang putih -Sedikit kunyit hidup Bahan B : -Bawang sederhana besar yg dimayang -Sedikit hirisan halia -Daun limau purut -Serai Bahan lain : -Belacan -Asam jawa -bendi/terung/tomato 1. Tumis bhn B didlm periuk sampai naik baunya 2. Masukkan bah

Diari 6

Image
Diam tak diam dah 7 hari kita pose. Sekejap jelah rasanya masa berlalu, sedo2 dah pukui 4 pastu nak balik pastu nak meracing blk umah nak masak utk berbuka. Teringat aku taim kecik2 dulu mak aiiii lamanya rasa nak tunggu waktu berbuka, mmg rasa kebulur tak hengat! Kira balik sekolah rendah dulu tu kira terlepek terus kt dapur, mengadap mak masak pastu amik bau2an pastu kena marah ngan mak. Masa tulah kalau arwah Ayah tak amik kt sekolah, kena jalan kaki kan, sepanjang2 jalan tu ape jelah pokok buah2an yg ditemui waima jambu air sebijik pun amik reserve wat buka pose. Bayangkan Jah baper banyak spesis buah2an aku kumpul : ngan jambu air, jambu batu, rambutan, belimbing, buah setor, buah gajus pun makcik simpan nak wat buka pose. Dah buka - haraaaammmm tak termakan. Ishhh ingat masakan2 mak ni kannn...rindunya.... Dulu emak selalu rajin masak byk gek jenis makanan nak berbuka. Selain nasi n lauk-pauk mak kan mesti rajin goreng mee/kuetiaw ker, kuih tak tinggal, mak selalu buat kuih puter